Ads by nuffnang

Saturday, November 13, 2010

"Pengalaman ketika perkahwinan penyanyi tersohor -Datuk Siti Nurhaliza"


Musim cuti sekolah hampir tiba dan lazimnya inilah kesempatan yang diambil untuk mengadakan Majlis Perkahwinan kerana bolehlah saudara mara, sahabat handai yang dekat mahupun jauh dapat bertandang ke rumah dan mengeratkan lagi silaturahim......

Saya pun dah dapat beberapa kad jemputan daripada wargakerja Media Prima dan insyaAllah Disember ini, saya akan menerima 2 menantu, anak kakak dan anak abang akan mendirikan masjid.....Alhamdulillah....

Tahun depan, insyaAllah saya dapat lagi cucu......

Menyentuh soal perkahwinan, saya ingin berkongsi pengalaman yang agak sukar untuk luput dalam memori kehidupan, di mana saya dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan program Perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K.

Tatkala bos besar saya, Datuk Seri Farid Ridzuan menamakan saya sebagai staf yang bertanggungjawab untuk menerbitkan Pernikahan, Persandingan di KLCC dan Persandingan di Kuala Lipis, berderau darah saya......

"Mak oii, tiga tiga acara itu  kena buat, besar tanggungjawab ini", itulah kata kata pertama yang saya ingat berdetik di hati.

Apapun saya terharu dengan kepercayaan bos besar dan terus bersemangat mesti melakukan yang terbaik.

Reputasi hebat, publisiti luas dan tempat persandingan prestij, satu kombinasi unggul yang menyerlahkan kegemilangan sebuah acara.

Menyingkap sejarah Majlis Persandingan Siti NurhalizaTaruddin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa 28 Ogos 2006, ia menghambat kesibukan pelbagai individu.

Daripada meja pejabat serba normal sehinggalah ruang dapur, semuanya mencurah keringat untuk satu majlis prestij.

Hidangan yang disajikan kepada tetamu satu keperluan.

Kualiti satu kemestian. 

Dewan di KLCC dihias indah

Jika masakan dan hidangan menjadi peneman penting malam persandingan buat jemputan, hiasan dan latar pelamin urut menjadi keutamaan.

Bunga Ros segar, menjadi penyeri malam yang indah di samping menghasilkan haruman menyegarkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Perbincangan demi perbincangan di buat
untuk memantapkan produksi

Setiap persiapan di susun rapi dan bagi santapan jutaan warga Malaysia, krew TV3 memastikan visual yang dipersembahkan di layar kaca TV adalah "hidangan" paling lazat untuk santapan mata.

Justeru, ia menuntut pengorbanan yang bukan sedikit oleh puluhan krew TV3 yang bertungkus lumus untuk memberikan paparan terbaik buat peminat setia.

Selepas diberi tugasan itu sebulan sebelum perkahwinan Siti, setiap Rabu kami bermesyuarat dan kerap berbincang dengan perunding perkahwinan Nusantara Gems Sdn Bhd, Datuk Raja Shah Rezza.

Dan buat julung kalinya juga, Jabatan Majalah/Dokumentari bekerjasama dengan Jabatan Hiburan/Rekreasi melancarkan majlis yang membabitkan lebih 100 kakitangan.

Mesyuarat dengan kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan

Ada penonton tidak puas menonton wajah Siti ketika majlis pertunangan dan pernikahan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 21 Ogos, tetapi perlu diingat memandangkan acara itu dibuat di masjid, kami perlu patuhi garis panduan tertentu.

Selepas selesai mesyuarat

Majlis secara langsung pernikahan Siti yang disiarkan pagi itu, mencatat 2.8 juta penonton.

Selepas acara pernikahan, Majlis Persandingan pula menanti....


Berhari-hari sebelum Majlis Persandingan berlangsung, krew TV3 mula berkampung, memperinci setiap tindakan dan perancangan yang bakal dibuat.

Persis Festivel Filem dan Anugerah Juara Lagu....begitulah penangan majlis gemilang itu.

Sebahagian krew bergambar denagn pengantin sebelum"rehearsal"

Saya dan rakan rakan yang terdiri daripada penerbit teknikal ,penolong penerbit, pembantu penerbitan, wartawan penyiaran, pengurus acara, juugegas, jurukamera, jurulampu, juruaudio dan ramai lagi krew dengan pelbagai fungsi dan jawatan mengisi ruang dewan 1 dan 2 KLCC.


Semuanya dengan satu tujuan, memastikan setiap yang dirancang mampu dijalankan sebaik mungkin.


Tatkala senja melabuhkan tirai malam..... detik bersejarah persandingan hebat, makin hampir dan ketika itu debaran di hati saya begitu kencang.

Siaran langsung hampir 3 jam...di terbitkan oleh saya.......
bagaikan mimpi.

Inilah pertama kali sebuah majlis persandingan seorang bintang disiarkan secara langsung lantas ia memercikkan aura yang sukar di definasi dengan ungkapan.

Enambelas kamera digunakan......huh berpinar juga mata pengarah studio saya, Shamsul Bahrain Ahmad dan saya sendiri ketika itu untuk melihat 'monitor" dan memilih sudut yang terbaik untuk tontonan.

Pelbagai lapisan masyarakat menjadi tetamu jemputan pasangan pengantin, daripada sanak saudara, sahabat handai, artis hingga ke golongan profesional dan tokoh politik, hadir di majlis bersejarah itu.

Ketika penonton asyik dibuai perasan dengan lagu lagu romantis dan merdu persembahan vokalis hebat yang diundang, krew TV3 tidak sempat menikmatinya.

Sebaliknya arahan daripada Shamsul dan saya menjadi "irama" yang harus didengar dengan cermat dan teliti oleh krew lain...

Arahan perlu disempurnakan dengan pantas dan berkesan...

Bersama pengarah studio Shamsul Bahrain Ahmad

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan jumlah penonton pada malam persandingan itu adalah 4.3 juta orang.

Acara persandingan gemilang dan terbilang itu dipancarkan pada waktu perdana, justeru "rating" itu dianggap satu kejayaan buat TV3.

Tidak dinafikan ada penonton "lari" ke saluran lain (program pertemuan Ina dan Mawi) tetapi mereka kembali menonton TV3 pada acara kemuncak persandingan Siti iaitu sewaktu acara memotong kek dan ketika Siti menyampaikan lagu istimewa untuk suami tercinta....

Selesai Persandingan di KLCC

28 Ogos berlalu dengan gemilang....

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program siaran langsung terbabit.....kerjasama semua pihak adalah resepi kejayaannya.....

3 September, krew TV3 membawa satu lagi cabaran menyiarkan siaran tertunda Majlis Persandingan Siti Nurhaliza dan Datuk K dari Dataran Lipis, Kuala Lipis, Pahang.

Sebahagian krew di hadapan rumah Siti di Lipis

Di Kuala Lipis, 45 krew bersatu tenaga untuk menghidangkan visual majlis persandingan itu.

Sehari sebelum majlis, hujan lebat di Lipis.

Keadaan itu sedikit sebanyak mengusarkan sesiapa saja yang terbabit dalam majlis persandingan itu.

Namun yang pasti setiap petugas samaada krew TV3 mahupun pihak Majlis Daerah Lipis, setiap yang dirancang mesti dilakukan.

Majlis khatan Quran Siti di rumah ayahnya di Lipis

Biarpun tidak disiarkan secara langsung, kualiti tetap menjadi keutamaan kerana antara siaran langsung dan siaran tertunda, tiada perbezaannya, cuma siaran tertunda , visualnya boleh disunting.

Di saat majlis di Lipis mencapai kemuncak, krew bertugas di Sri Pentas sibuk menjalankan tugas untuk siaran tertunda.

Apa yang mencabar, suntingan itu perlu dibuat dalam waktu yang sangat terhad, diketuai oleh Kalijahwati Md Kassim dan Ifawani Omar.

Setiap 10 minit visual dirakamkan di Sri Pentas dari Lipis, saya akan menghubungi Kalijahwati untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

Perkahwinan dan Persandingan Siti Nurhaliza dan Datuk K mendapat perhatian umum tanpa mengira usia mahupun bangsa dan semua memperkatakan mengenai acara terbabit.

Bagi kami yang bekerja secara dekat untuk melancarkan ketiga tiga majlis itu, satu sejarah dan pengalaman yang sukar untuk dlupakan.

Kini, majlis itu tinggal memori, namun segala penggambaran ketika di Masjid Wilayah Persekutuan,  Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Dataran Lipis, terus terpahat di hati.....

9 comments:

  1. salam cik inn..bertuah kerja macam cik inn..dapat bertemu dgn peringkat masyarakat..dari yg ternama kepada yg terbawah sekali..menambahkan asam garam kehidupan cik inn...
    makcik dapat tenguk dlm tv je le..tu pun terima kasih pd tv3..

    ReplyDelete
  2. tahniah kak lin..
    mas memang tengok perkahwinan siti kt tv3 tu...memang best dan puas hati......
    bestnya keje mcm kak lin, mcm2 pengalaman akak dapat...
    pstt :masa kecik dulu cita2 mas wartawan @ pramugari sebab suka merantau merata2 tmpt...
    bila jumpa blog kak lin ni, mas suka sngt sbb tahu mesti bnyk cerita2 menarik disini...he..he..
    selamat berhujung minggu kak lin....

    ReplyDelete
  3. Tahniah Chik Inn. Bukan senang nak buat siaran langsung macam tu kan. Masa majlis akad nikah tu hujung minggu kalau tak silap. Mula-mula tu rancang nak keluar tapi terpaku depan tv tengok Siti di ijabkabul. Cancel semua plan pagi tu. Aura Siti sampai sekarang melekat dalam diri.

    ReplyDelete
  4. Tahniah, memang siaran tuh saya tengok dari mula sampai akhir. Dari hari di umumkan untuk bernikah sampai ler kat lipis. kamii sekeluarga memang tertunggu-tunggu. TV3 memang best!

    ReplyDelete
  5. salam cik inn, pertama kali sy menerjah ke blog ni. lama tak nmpak kat tv.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam semua, sememangnya Persandingan Penyanyi tersohor tanahair, satu pengalaman yang sukar dilupakan, dan krew TV3 berganding tenaga untuk menghasilkan yang terbaik untuk tontonan semua.

    Buat Intanrh, tahun ni saya terbabit dengan Jejak Rasul Srikandi dan menyelaras beberapa program...justeru banyak di belakang tabir....

    ReplyDelete
  7. Chik Inn...Anda bertuah kerana mendapat peluang dan berjaya laksanakan projek liputan DSN tu.... terima kasih kerana berkongsi pengalaman....saya seronok ikuti blog anda..teruskan usaha!!

    ReplyDelete
  8. Congrats Cik Inn...seorang yg kuat bkerja...

    ReplyDelete
  9. Akum, Hajjah, ada masa lawat web aku, sabahkini.net. banyak cerita menarik kat situ. sila email aku mutalibmd@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...