Ia antara keajaiban dunia.....
Dibina pada zaman Raya Suryavarman 2 sekitar abad ke 12 sebagai pusat pemerintahan.
Siapa sangka kehadirannya di tengah hutan belantara satu ketika dulu, kini menjadi antara satu lokasi yang paling dikunjungi di dunia.
Haah...ia dikunjungi kerana mempunyai hasil senibina yang menarik, ia menjadi sebutan kerana lambang kegagahan kerajaan lama.
Komplek Angkor Wat tersergam indah |
"Di dalam kuil ini masih terdapat patung dewa Visnu yang mempunyai lapan tangan. Ramai yang menganggap dewa itu mempunyai kuasa luar biasa terutama sekali dapat membantu dalam bidang perniagaan dengan membawa pelbagai persembahan seperti bunga dan makanan".
" Ada juga datang diiringi dengan muzik tradisional", pemandu pelancong, penduduk tempatan, Kiri Mony memberitahu saya.
Itu pandangan mereka, apa pun kehadiran saya ke sana pada tahun 2004, untuk merakamkan senibina Angkor Wat, di daerah Siem Riep.
Sebagai pusat pemerintahan, ia juga dikatakan sebagai kuil atau tempat untuk penganut agama Hindu melakukan upacara keagamaan.
Di depan pintu masuk Angkor Wat |
Penganut Buddha yang naik ke puncak tertinggi Angkot Wat adalah mereka yang mempunyai niat atau nazar yang tinggi untuk permintaan mereka.
Sungguhpun sukar untuk menaiki tangga yang curam, terdapat juga masyarakat setempat yang membawa anak kecil dikatakan untuk mendapat keberkatan daripada patung dewa di sekitar puncak.
Saya sempat bertanya kepada Mony, kenapa begitu curam tangga untuk sampai ke atas, dia terus menjawab,
"Perjalanan ke syurga bukanlah mudah", sambil menarik nafas panjang.
Kemudian dia menambah, "sebagai tempat keagamaan, ia sengaja dibuat dalam keadaan tinggi kerana pemerintah ingin mengingatkan rakyat untuk mendapat keberkatan daripada dewa dewa".
Saya juga dimaklumkan, masyarakat ketika itu, meletakkan kedudukan pemerintah sebagai sebahagian daripada dewa dewa mereka.
Mengimbas pengalaman sebelum merakamkan visual di Angkor Wat, kami ditahan oleh pihak pengawal keselamatan di sana, kerana terdapat sedikit salah faham di antara kami dengan pihak yang menguruskan permit penggambaran.
Beberapa tahun dahulu, setiap penggambaran yang dilakukan, menggunakan peralatan teknikal yang begitu besar dan berat.
Kamera yang dipikul jurukamera kira kira 10 ke 15 kilogram.
Tidak seperti sekarang, handycam yang bermutu tinggi, visualnya juga boleh diterima untuk penyiaran di kaca televisyen.
Menyambung kisah terdahulu, saya dan krew terpaksa duduk melopong di Balai Polis Pelancong, berhampiran komplek Angkot Wat hampir 3 jam.
Sabar ajalah kami......
Dah letih menunggu dan sempat terlelap, wakil yang menguruskan permit kami datang menjelaskan kepada pihak berkenaan.
Maka kami dibenarkan membuat penggambaran tapi dengan satu syarat, tidak boleh menggunakan Kamera Besar dan penggambaran perlu dibuat keesokan harinya.
Setelah menandatangani surat macam "aku janji" kami kembali ke Bandar Siem Reap untuk mencari kamera sewa yang kecil.
Alhamdulillah, kami berjaya menyewa kamera , tetapi kamera yang menggunakan pita VHS-C, bukannya HI 8, yang lebih baik kualitinya.
Di sana, ketika itu belum pakai kamera yang menggunakan pita minidv.
Saya, jurukamera Sahidin Masang dan juruteknik, Arman Haris, tiada pilihan lain.
Mendaki tangga curam |
Beberapa kali Sahidin memasukan semua pita terbabit, tetapi ia tetap terbuka.
Sedangkan semasa kami merakamkan visual di luar komplek Angkor Wat, semua berjalan lancar.
Seketika kami duduk di tepi tangga yang tersusun indah, Sahidin dan Arman membelek belek kamera untuk memastikan tiada masalah tenikal.
Di waktu yang sama kami juga memohon pada Allah Yang Maha Besar untuk mempermudahkan tugasan kami.
Alhamdullillah, kira kira 20 minit, kamera tidak "meragam" lagi dan kami meneruskan penggambaran.
Kami ke satu kawasan yang mempunyai tangga curam untuk sampai ke puncak tertinggi dan utama dalam Angkor Wat.
Ketinggiannya melebihi 150 meter dengan kecuramannya adalah 90 darjah.
Setiap pengunjung perlu berhati hati. Mony turut mengingatkan kami supaya menjaga tutur kata terutama ketika menaik tangga di sekitar Angkot Wat.
Dia tidak menafikankan ada pengunjung yang tercedera kerana seolah-olah mempermainkan keadaan sekitar, lebih lagi ia kawasan keagamaan mereka yang perlu dihormati.
Berhampiran pintu masuk Kuil Bayon |
Selesai pengambaran di situ, kira kira 10 minit berkereta dari komplek Angkor Wat, tersergam indah satu lagi kuil yang mempunyai keunikan tersendiri iaitu Bayon.
Dipintu masuk utama ke kuil ini beberapa patung seolah penjaga kuil dilihat dengan pelbagai karektor wajah.
Kuil Bayon mempunyai wajah wajah yang kebanyakkannya seolah olah tersenyum melihat pengunjng memasuki kuil ini yang turut dikenali sebagai "smiling face".
Penggambaran di Kuil Bayon |
Dan di bumi Cambodia inilah, dia mengambil seorang anak kecil dinamakan Maddox Chivan sebagai anak angkatnya pada 2002.
Ok, kita tinggalkan kisah Lara Croft....
Smiling Face |
Sukar untuk dibayangkan, bagaimana rakyat dikerah untuk membina Angkor Wat yang mengambil masa lebih 100 tahun untuk menyiapkan keseluruhan komplek itu.
Lazimnya sesuatu lokasi yang lama sering dikaitkan dengan kehadiran semangat lain,namun seiring dengan peredaran zaman, ia perlu dilihat kepada perspektif yang lebih ke hadapan seperti pandangan guru sejarah Musa Solleh, keturunan Melayu Cham.
"Cambodia memang terkenal kerana Angkor Watnya. Memang tempat ini ramai sekali orang datang, memang dengar ada nampak benda benda macam menakutkan, tetap sebenarnya tiada untuk kita takut apa-apa, hanya sebagai tempat pelancongan, datang makan angin dan rehat".
"Yang penting sekali, kita boleh nampak barangan peninggalan lama, yang boleh menarik ramai orang ke Cambodia".
"Dan juga sebagai seorang insan, kita lihat kebesaran Allah, anugerah Allah beri ilmu pada manusia".
salam cik inn..hehe..'perjalanan kesyurga bukanlah mudah'..tahu pun dia..hehe..
ReplyDeletesegala kerja yg dilakukan akan dipermudahkan oleh Allah swt kalau kita memohon daripadaNya.
Allah pelihara tempat itu untuk kita berfikir mengenainya, sama seperti Dia memelihara piramid dan tembok besar china. Semuanya dengan kekuasaan-Nya.
ReplyDeletesalam cik Inn... selamat berkenalan, hari nih akhirnya saya berjaya menghabiskan bab dari awal hingga yg ini. Satu kisah yang menarik... dan ada antaranya telah saya tonton di tv. Tahniah kerana mengadaptasikan dlm blog ini untuk perkongsian bersama.
ReplyDeleteHebatnya orang zaman silam.
ReplyDeleteTinggalkan untuk kita keajaiban senibina mereka.
Puluhan ribu jadi mangsa kerahan tenaga
menyiapkannya.Memenuhi impian pemerintah silam.