Ads by nuffnang

Friday, November 19, 2010

"Restoren Halal Menang Anugerah di Vietnam..."

17 November lalu, sebuah restoren yang menyediakan makanan halal milik rakyat Malaysia di bandar raya Ho Chi Minh memenangi anugerah "The Guide Awards 2010" buat kali kedua berturut -turut.

Tahniah dan Syabas Anak Malaysia....

Pinggir Bandar Ho Chi Minh

Restoren tiga tingkat Halal@Saigon yang terletak bersebelahan dengan Masjid pusat dan hotel mewah Sheraton dinobatkan sebagai "Outlet Makanan Terbaik" dalam satu majlis penyampaian anugerah anjuran Vietnam Economic Times.

Pemiliknya, Pakar Nutrisi,  Dr M Shimi Sumathi dilahirkan di Taiping, Perak dan  telah menetap lebih 15 tahun di sana, adalah Pengarah Urusan kepada Prime Suppliers yang mengendalikan perniagaan farmasi.

Dr M Shimi Sumathi

Memetik temubualnya dengan BERNAMA,

"Ia merupakan pengiktirafan kepada perkhidmatan dan kualiti makanan yang kami sediakan, di samping itu  ia turut memberi sanjungan kepada masakan Malaysia".

Restoren yang dibuka pada bulan Februari 2009, menggunakan khidmat tiga chef tempatan dan tiga chef diterbangkan dari Malaysia.

Dr Shimi juga memegang jawatan Presiden Dewan Perdagangan Malaysia - Vietnam.

Krew Potret Kejayaan bersama Dr Shimi di belakang adalah
Pejabat Pos Besar Ho Chi Minh

Pada Ogos tahun 2002, saya berpeluang ke Vietnam dan menemurah Dr Shimi untuk program POTRET KEJAYAAN tajaan BCB (sekarang CIMB).

Ketika itu restoren halal diusahakan rakyat tempatan dan masakannya lebih kepada selera masyarakat setempat.

Di rumah Dr Shimi

Mungkin kerana sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia turut menjadikan Vietnam sebagai destinasi untuk bercuti, maka Dr Shimi terpanggil untuk membuka restoren Halal dengan citarasa Malaysia.

Sememangnya Dr Shimi seorang wanita yang cekal dan bersemangat tinggi.

Melakonkan semula Dr Shimi berbasikal ke kelas Bahasa Vietnam

Masalah bahasa bukanlah penghalang bagi dirinya untuk menjalankan perniagaan dalam bidang farmasi milik keluarganya.

Beliau menghadiri kelas bahasa Vietnam dan berikutan ketiadaan pengangkutan awam yang sempurna, beliau sanggup berbasikal untuk ke kelas mahupun ke hospital.


Juruteknik Abd Rahman Hanim dan Jurukamera Sahidin Masang

Kami sempat ke satu daripada hospital tempat Dr Shimi membekalkan ubatan di mana rakyat yang sakit melebihi daripada katil untuk mereka berehat.

Satu senario yang agak menyedihkan......

Dan kanak kanak di sana banyak mengalami masalah berkepala besar akibat banyak cecair dalam kepala....

Rata-rata, jururawat dan pegawai perubatan di hospital terbabit begitu menyenangi Dr Shimi.

Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung, bagi Dr Shimi, adalah tanggungjawab beliau juga, untuk memberi perkhidmatan percuma kepada yang memerlukan seperti mengadakan klinik bergerak di kawasan luar bandar.

10 peratus daripada keuntungan perniagaannya disalurkan kepada badan kebajikan.



Murah dengan senyuman, krew Potret Kejayaan juga dibawa melawat ke Terowong Chu Chi  dan saya sempat juga membuat penggambaran untuk program Misteri Nusantara.

Biasalah bagi kami, kalau ada tugasan luar negara dan ada sedikit masa terluang, maka kami pun buat juga untuk program lain.

Pintu masuk ke Terowong Chu Chi

Kembali kepada Dr Shimi, insan seperti beliau sememangnya boleh dijadikan idola kerana berbekalkan yakin boleh, beliau telah membuktikan tiada apa yang mustahil dan perlu fokus dengan apa yang hendak dicapai.

Dan paling penting, pesan Dr Shimi, perlu jujur, memberi kerjasama dan merendah diri bila berada di perantauan.....

2 comments:

  1. Beliau beragama Hindukah? Kalau bukan beragama Islampun tetapi sikap beliau semurni pegangan org Islam kerana hakikatnya ramai org Islam sendiri tidak bersikap sedemikian.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih share cerita ini disini :) ada pengajaran disini ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...