Ads by nuffnang

Saturday, November 27, 2010

"Bijak Wang...Bijak Belanja...Bijak Menyimpan"


Semalam entri saya menyentuh keindahan rumah Mr Bean atau Encik Kekacang, selebriti yang terkenal seluruh dunia dengan watak bendulnya.....

Seleberiti macam dia memanglah berkemampuan memiliki rumah besar, kereta mahal dan macam macam kemewahan sebab bayaran yang diterima untuk satu satu lakonan begitu tinggi sekali.

Tak palah, itu kisah hidupnya dan memang ditakdirkan dia berjaya dalam dunia lakonan, punyai harta dan simpanan wang yang melimpah ruah.

Kita juga boleh memiliki dan menyimpan wang yang banyak jika kita ada perancangan kewangan yang betul.

Saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai bagaimana untuk menguruskan kewangan ketika penjadi penerbit penyelaras program Bijak Wang, siaran 3 Oktober 2009.

Kami mendekati pasangan suami isteri Marzuki Ahmad dan Halimatus Sadiah Bahari yang menguruskan kewangan mereka dengan cara tersendiri sejak 19 tahun lalu.

Menyedari hakikat gaji yang agak kecil dan kos sara hidup yang semakin meningkat, pasangan itu mengamalkan kaedah pengurusan wang mulai tahun kedua perkahwinan mereka, dengan "Sistem Sampul Surat atau Envelop".

"Bila saya main kutu saya terpaksa minta budi bicara daripada kawan kawan supaya saya dpt tepat pd bulan yang sepatutnya utk bayar "road tax", tapi bukan semua boleh tolak ansur sebab kadang kadang orang lain pun ada keperluan sendiri" Halimatus Sadiah Bahari berkongsi cerita dengan kami.

"Jadi di situ timbul saya buat sistem envelop untuk "road tax"... dah tu terfikir buat untuk yang lain sekali....asingkan untuk pakaian, biasalah memang selalu masalah kewangan bila hujung bulan", Halimatus Sadiah menambah.

Bilangan sampul yang merangkumi perancangan jangka masa panjang dan pendek, bertambah dari tahun ke tahun mengikut keperluan semasa.

Formula pengurusan kewangan pasangan itu adalah mendahulukan wang simpanan sebelum membahagikan baki gaji untuk perbelanjaan lain.

Lazimnya, bagi Halimatus Sadiah dan Marzuki, mereka membeli keperluan dapur sebulan sekali di samping meneruskan simpanan untuk bayaran sewabeli kereta walaupun sudah langsai pinjamannya.

Ia sebagai persediaan membeli kereta baru secara tunai di kemudian hari.

Malah kaedah yang diamalkan membolehkan mereka sekeluarga menunaikan ibadah umrah dan bercuti di seluruh Malaysia sekurang-kurangnya setahun sekali.

Halimatus Sadiah menambah,

"Pertama displin diri mesti kuat, istiqamah dan satu lagi kita mesti berjaya mengekang nafsu untuk membeli sesuatu yang kadang kadang bukan satu keperluan".

Saya memang setuju seratus peratus pandangan Halimatus Sadiah, bahawa jangan beli sesuatu yang bukan satu keperluan.

Kekadang saya sendiri kalau ke pusat membeli belah, tenguk ada benda yang menarik sikit, contoh kasut, belek punya belek, terus beli, padahal kasut kat umah tu ok lagi.

Lepas itu "budget" dah terlari sikit.......

Penat kerja, simpan duit lepas tu
bolehlah pergi bercuti
Saya pun sejak dua menjak ni, buat jugalah sistem "envelop".
Asingkan mengikut kategori masing masinglah...

Mungkin ada di kalangan rakan rakan blogger dah lama mempraktikkan sistem ini.

Tahniahlah.....yang belum masih belum terlambat...

Contoh bagi diri saya sendiri, makan tengahari diperuntukkan RM10, kalau adda baki atau kawan belanja makan, duit tu diasingkan.....jadi akhir bulan ada baki berlebihan bolehlah makan yang "best" sikit....dan tambahan simpanan....

Antara menu kegemaran pengunjung di Restoren Daun

Begitu juga kalau nak bercuti, perlu fikirkan lokasi, bila nak pergi, matawang negara yang dilawati, pengangkutan awam, tempat tinggal justeru bolehlah kita asingkan simpanan tersebut dalam sampul yang telah dilabelkan...

Makan tengahari di Restoren Daun
Bandung, Indonesia

Menurut Halimatus Sadiah lagi, mereka hanya menyimpan dalam simpanan biasa dan Tabung Haji untuk setiap ahli keluarganya.

Namun beberapa tahun lalu, mereka melabur dalam dana yang mampu memberi pulangan yang lebih lumayan.

Pengetahuan cetek mengenai pelaburan dalam unik amanah, mendorong mereka mendapatkan khidmat pakar perunding kewangan.

"Jadi bila kita dah dapat penerangan bahawa "unit trust" ini sesuatu yang kita boleh "trust" dan halal so kita ambik keputusan untuk beli "unit trust", suami isteri dan semua anak anak...yang masuk uni masuk pelaburan asas,  manakala anak anak sekolah tabungan "monthly"..."auto debit". Kita tak payah bergantung sangat kepada pinjaman atau dana dana lain", Marzuki Ahmad memaklumkan kepada kami.

Saya pun syorkan rakan rakan untuk melabur di "unit trust", melalui potongan KWSP.

Alhamdulillah saya dah labur beberapa tahun lepas, nampaklah hasil ....kira adalah simpanan tambahan bila saya dah bersara kelak....mesti ada perancangan masa depan....

Kembali kepada pasangan yang sudah 21 tahun melayari bahtera perkahwinan itu, mereka lebih gemar meluangkan masa bersama keluarga tersayang, di rumah yang diubahsuai sendiri.

Bagi Halimatus Sadiah, tiada bebanan hutang yang mengganggu ketenteraman, ia perancangan bijak untuk masa depan beserta doa agar sentiasa dimurahkan rezeki.....

Kegagalan mengurus dan merancang kewangan dengan baik boleh menyebabkan seseorang mudah terperangkap dengan gaya hidup berhutang sama ada dengan pelbagai tawaran kad kredit atau pinjaman daripada institusi kewangan.


Hajah Rohani


Pengerusi Eksekutif, Hijrah Wealth Management,Hajah Rohani Datuk Shahir, juga selaku penasihat program Bijak Wang,  memberitahu kami bahawa pengurusan kewangan yang bijak termasuklah mengimbangi perbelanjaan dan pengurusan hutang, pelaburan bijak serta mengikut syariah dan memastikan pendapatan diperoleh mendapat keberkatan.
Kalau tak ada rumah sebesar Mr Bean pun tak palah , yang penting hidup tidak dibelenggu hutang, hidup serba sederhana dan sentiasa di dalam peliharaan Yang Maha Besar..... 

7 comments:

  1. mas dan hubby juga menggunakan kaedah envelop sebab pada kami kaedah anvelop paling bagus sebab duit tu dah dibahagi2kan dengan teratur, dan kita boleh berbelanja dengan jumlah yang ditentukan,
    mas akan senaraikan barang basah yg perlu dibeli, dan membuat senarai barang untuk sebulan,jadi duit utk stok brg sebulan lain dan belanja barang basah tiap2 minggu lain...jadi pandai2 la bajet duit tu..
    kami ada satu fail yang menyimpan sampul2 duit ikut katogeri....rasanya cara ini lebih bagus untuk merancang kewangan....
    tahniah kak lin sebab mula menggunakan kaedah anvelop ni....harap2 ramai lagi yang mencuba cara ini....

    ReplyDelete
  2. selalunya kami yang jadi surirumah ni mmg kena bijak agih2kan duit untuk perbelanjaan.mr suami selalunya akan menyerahkan sejumlah wang untuk saya agih2kan.ini termasuk bil api,air talipon,astro,streamyx,perbelanjaan persekolahan anak2 dan jugak duit untuk kedua ibubapa.tabungan kami hanya di satu bank dan tabung haji saja.
    belanja basah dan kering saya asingkan.
    setiap bulan bila berlebih semua masuk tabungan.
    tidak lupa kami juga ambil insuran untuk diri sendiri dan anak2....
    sistem envelop mmg boleh peroleh kejayaan......

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Betul...yang penting tak ada hutang. Rasa takut mati bila macam2 hutang ada...nak kena langsaikan semua baru bersedia sikit nak tinggalkan dunia

    ReplyDelete
  4. Tahniahlah pada Mas dan Anymz yang telah memulakan sistem simpanan wang sampul surat, juga simpanan seperti insuran. Saya dah dengar lama sistem ini tapi buat tak endah aja, bila dah buat program Bijak Wang dan tenguk dengan lebih jelas cara bagaimana sistem itu boleh bantu, jadi saya pun buat juga dan ternyata memang ada beza lah......

    Apapun seperti pandangan Anyss, yang penting hutang piutang perlu di selesaikan....

    ReplyDelete
  5. Duit dalam sampul surat ni bagus juga yalah sebab kita dah set aside duit untuk tujuan2 tertentu kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...