Ada yang ke pusat membeli belah...maklumlah awal bulan....gaji dah berkepuk di dompet.....ada yang berkelah, kunjung berkunjung ke rumah kenalan dan ada juga yang membabitkan diri dengan aktiviti sukan lasak.
Nak katakan saya ini aktif dengan sukan lasak, tak lah juga....tahap kesihatan agak membataskan.....bolajaring dah berhenti akibat masalah lutut dan bowling pun dah tak boleh dapat kejatuhan pin yang banyak, sebab masalah lengan.
Tapi yang hairannya, bila dah diberi tugasan, kadang kala dengan sendirinya, perasaan bertukar menjadi terus bersemangat.
Jika Gunung Kinabalu mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri, destinasi yang saya tuju di Negeri Di Bawah Bayu ini juga tidak kurang hebatnya.
Lokasi yang dituju, Sungai Kiulu daerah Tamparuli.
Bersedia untuk mengharungi Sungai Kiulu dengan jaket dan topi keselamatan |
Pertamanya, saya risau dengan peralatan penggambaran yang sensitif dengan air, maklumlah aktiviti berkenu di sungai yang deras arusnya, berisiko tinggi..
Keduanya, saya ni bukanlah pandai sangat berenang.....
Tepat jam 11.35 pagi, saya sampai ke "Starting Point" atau dikenali sebagai "Pukat" di kalangan masyarakat setempat.
Setiap peserta wajib memakai jaket keselamatan.
Sebelum meneruskan ekspedisi, peserta perlu mendengar taklimat keselamatan dan tips daripada petugas.
Arus Sungai Kiulu tidak sederas Sungai Padas |
Deruan sungai seolah olah memanggil peserta untuk segera merasai cabaran arusnya.
Di wajah peserta ketika itu, sudah tergambar semangat masing masing untuk menempuh jeram jeram deras.
Tatkala kami ingin memulakan ekspedisi, bumi Sungai Kiulu di basahi hujan.
Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke lengan tangan,jika tidak hujan pun kami pasti basah.
Sepanjang Sungai Kiulu, terdapat juga kawasan yang tidak deras arusnya.
Di ketika ini, dapatlah peserta menikmati keindahan pepohon hijau yang melambai-lambai seolah-olah meraikan kami.
Namun, adakalanya tenaga empat kerat digunakan sepenuhnya kerana keadaan arus yang kuat menyukarkan kami mendayung.
Di sini kerjasama daripada semua peserta perlu dan jurupandu akan memberi arahan cara mengatasi rintangan.
Apa yang ingin saya tekankan di sini, dalam apa saja yang kita lakukan, baik dalam pekerjaan, bersukan, melakukan pelbagai aktiviti, kita tidak akan berjaya tanya kerjasama dari mereka yang berada di sekeliling kita......
Kembali dengan cabaran Sungai Kiulu, ekspedisi menyusuri sungai itu mengambil masa di antara satu setengah jam hingga ke dua jam tertakluk kepada arus sungai.
"Kebanyakkan pelancong yang datang ke sini adalah dari luar negara, sebab mereka lebih mahir tentang sukan ini, bagi orang tempatan, jumlah ke sini lebih kurang 10 ke 15 peratus saja", Dares Sham Assad, Pengarah Urusan Riverbug Traverse yang mengendalikan pakej ini.
Di kala ini, dapat saya garapkan peningkatan penggemar sukan lasak di negara kita semakin bertambah.
Jika Sungai Kiulu tahap arus jeramnya di antara peringkat 1 dan 2 sahaja, Dares juga menawarkan "White Water Rafting" di Sungai Padas, di daerah Tenom yang dikategorikan jeramnya peringkat 3 dan 4 yang lebih mencabar.
Selamat sampai di penghujung Sungai Kiulu |
MasyaAllah, untuk ekspedisi ini, denyutan jantung saya lebih kuat, tatkala melihatkan arus deras beserta batu batu besar di sepanjang sungai dalam perjalanan ke "check point".
Lebih lagi, dimaklumkan beberapa minggu sebelum kedatangan saya, pelancong Jepun hampir menemui maut kerana bot getahnya terbalik, dia tidak boleh berenang dan terus panik....
Kamal Azedy, jurukamera yang bersama produksi ini, turut merasa kegusarannya bila mendengar kisah tragedi terbabit.
Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Yang Maha Besar.....
Setelah 2 jam menyusuri Sungai Padas, arus deras dan tinggi dapat diatasi......kami selamat sampai.....dan diberi sijil penyertaan....
Bagi yang tidak pernah membabitkan diri dalam aktiviti seumpama, tidak perlu gusar kerana lokasi sungai yang dipilih mempunyai klasifikasi tersendiri mengikut pilihan anda.
Apapun, ingin saya berpesan, apa saja aktiviti yang ingin diceburi, kita mestilah tahu kemampuan diri dan keselamatan aktiviti terbabit......
Sijil Penyertaan di Sungai Kiulu dan Sunga Padas
Menyertai Ekspedisi Sungai Sobek, Bali (arusnya peringkat 3 - 4) Belajar daripada pengalaman di Sungai Kiulu dan Sungai Padas |
bestnyer kak! saya teringin jugak tapi memikirkan tak pandai berenang, tu yg cuak, heheheh :)
ReplyDeleteIeda, akak pun bukan pandai sangat berenang, tapi kalau kita ikut arahan petugas, insyaAllah boleh. Cuba yang peringkat 1 dan 2 dulu.....
ReplyDeletesalam cik inn..wow hebatnya cik inn sanggup join white water rafting..aktiviti yg sangat mencabar..orang yg kuat mental dan fizikal je yg sanggup..apa pun tahniah ..
ReplyDeletesungai kiulu tamparuli kot chik inn.kalau penampang sungai moyoq rasanya.
ReplyDeletebestnya water rafting...tapi sy ni penakut sikit :p
Ya betullah Echah....Sungai Kiulu, Tamparuli, sebelum tu kita melalui pekan Inanam dan Menggatal.Dok bincang dengan staf pasal Pasar Tamu, Penampang, terus melalut tulis Sungai Kiulu, Penampang. Terima Kasih kerana membetulkan fakta ya......
ReplyDeleteMakcik, saya ni tak lah hebat, tengok orang lain boleh buat,gerakhati yakin boleh,InsyaAllah teruskan ajalah......