Ads by nuffnang

Thursday, November 25, 2010

"TANDAS menjadi sahabat KARIBKU......'

Hari ini awal tulis entri kerana terpaksa ambik BOD dan tengah lepak kat rumah ni..... ( BOD-Book Of Day- bila kami bekerja hari cuti, diganti dengan hari lain).

Dan rakan mesti tertanya tanya apa kena mengena dengan tandas??

Sebab dari sebelum subuh hingga waktu saya menulis entri ini ( kul 10.45 pagi) dah lebih 9 kali berulang alik melawat ke tandas rumah akibat perut meragam.....

Nak kata keracunan makanan, hidangan yang sama dinikmati dengan anakbuah, tapi dia ok aja......

Mungkin perut orang dah masuk 4 series ni tak boleh salah makan kot berbanding dengan orang muda...... 

Dalam perut meragam ni, tadi sempat juga ke Sri Pentas kejap ambik "external hard disk" ada sedikit "editing" visual yang perlu dibuat.

Kalau buat kat ofis asyik keluar masuk tandas, menyusahkan kengkawan lain pulak......dan diri sendiri......

Sepatutnya ada sesi diskusi Misteri Nusantara musim baru dengan staf, terpaksalah di batal....

(Kalau rakan rakan ada cadangan untuk memantapkan lagi paparan Misteri Nusantara utk siaran tahun depan, saya mengalu-alukan.....Usah biarkan hidup anda diselubungi musteri....)

Perut oh perut......pagi ni tandas menjadi sahabat baik dan karib saya....

Mudah mudah menjelang tengahari ni oklah perut ni......ada beberapa kerja perlu diselesaikan.

Bagus juga dengan segala teknologi maklumat serba canggih, buat kat rumah aja apa yang patut....

Apapun, kita perlu berhati hati dengan apa yang kita makan terutama jika kita makan diluar atau makanan terbabit dibeli, justeru sebaiknya masaklah sendiri, selain ia menjimatkan, kita tahu tahap khasiatnya, kebersihannya dan halalnya....... 

Ada sesetengah restoren meletakkan logo "halal" palsu hanya untuk mengabui mata pelanggan beragama Islam...seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan hari ini...

MasyaAllah......


Menikmati jamuan Raya Media Prima 2009


11 comments:

  1. sama lah kiter hari ni Kak Lin..hari mencuci kolon

    ReplyDelete
  2. Kak Lin,
    Cuci perut tu. Kalo kene bayar 20 sen sekali masuk dah Rm1.80 dah arini kene bayar.. hahahhha

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak kena mcm Kak Lin.. ubatnya minum air garam yg doktor bagi tu aje. Tak suka.... tak suka..

    ReplyDelete
  4. salam kak lin...
    mas pun kalau salah makan, perut mesti meragam...malas nk kemana2 kan...
    moga2 kak lin cepat sembuh...minum air suam bebanyak kak...

    ReplyDelete
  5. Kita yg dah masuk usia mcm ni mmg kena berhati hati skit ngan makan...komited sungguh Chikk Inn,sakit sakit puuunnn ingat kerja....

    ReplyDelete
  6. Betul Echam, kalau sekali masuk tandas cuci perut, bayar 20sen, 9 kali kena bayar RM 1.80, huh lepas juga nasi lemak sebungkus ekk...

    AzMask, janganlah kena sakit perut meragam ni....letih keluar masuk tandas....kalau tandas tu boleh berkata kata, hai asyik muka yang sama keluar masuk aja kerjanya....

    Terima kasih pada daydeck86,faraulah dan Mas, mengharapkan cepat sembuh, alhamdulillah, petang tadi dah lega sikit....

    Cikgu Nurin, kerja tu amanah, kalau tak di siapkan, ia turut mengganggu yg lain...jadi selagi daya kita usahakan juga....buat kat umah rilek sikit....

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Moga2 cepat sihat. Minum air banyak2 ya...

    Chik Inn, ada satu cerita bomoh misteri yang saya tahu...kononnya2nya dia orang ni puteri-puteri berkaitan puteri Saadong. Ritual dia berubah pun pelik sikit (ekceli kalau nilai dari sudut Islam, memang tak betul pun).

    kalau chik inn berminat, sila beritahu. saya kena cari semula semua maklumat sebab buang merata.

    ReplyDelete
  8. salam cik inn..memang merungsingkan kalau dah kerap sangat ke toilet kan..cuba minum teh pekat..kalau nak menjadi..jaga kesihatan cik inn..makan mesti hati2 sebab bila dah perut tak berapa 'muda' kemungkinan inilah akan terjadi..makcik doakan agar cil inn kembali sihat dgn segera..amin..

    ReplyDelete
  9. suka bab '4 series' tu hehehehee...pinjam pakai perkataan tu.

    ReplyDelete
  10. Anyss, kalau awak ada no untuk dihubungi bomoh yang dimaklumkan, kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil saya tadahkan.....nanti awak emel ya...Tq

    Makcik memang betul minum teh pekat...pagi tadi lepas sarapan, perut rasa semacam aja, tapi Alhamdulillah dapat dikawal.....terima kasih makcik yang mendoakan kesejahteraan kengkawan semua....

    Syahazli, awak pun dah masuk "4 series" ke??Org kata dah masuk kategori ini, kesihatan kena lebih di beri perhatian......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...